Kerjaya Noh Hong-chul

Pra-debut

Noh Hong-chul belajar kejuruteraan mekanikal di Universiti Hongik. Selepas tamat khidmat tentera selama dua tahun, beliau mencipta kedai fesyen dalam talian, Nohongchul.com dan Dream and Adventurous Hongchul Land Corporation, yang menjual rangkaian perlengkapan pesta. Beliau juga mempunyai perniagaan lain yang dipanggil Hongchul Tour yang menawarkan lawatan-lawatan bajet ke Cina; kadang-kala beliau sendiri menjadi pemandu pelancong semasa lawatan-lawatan ini.[1]

Tahun 2004 – sekarang: Debut, Infinite Challenge, dan Gangnam Style

Noh Hong-chul debut di televisyen melalui stesen TV Mnet pada awal tahun 2004 ketika beliau mengacara rancangan kabel beliau sendiri berjudul Dr. No's Pleasure Street (닥터 노의 KIN길거리) Selepas kejayaan ini, beliau dengan rasminya memasuki program rangkaian Come to Play (놀러와) terbitan MBC, sebagai ahli panel bersama. Pada bulan April tahun 2005, beliau menjadi ahli pengasas program komedi paling popular di Korea Selatan, Infinite Challenge.

Beliau telah menaja kereta komersial untuk Matiz dari GM Daewoo; beberapa karikatur dan foto-foto dirinya telah dimasukkan ke dalam bonet dan pintu kereta Matiz beliau yang berwarna merah (digelar "Kereta Hong" 홍카, yang bermain pada nama beliau dan perkataan "hong", yang bererti merah) dalam iklan tersebut.[2]

Noh juga membuat penampilan singkat dalam video muzik penyanyi Psy berjudul "Gangnam Style", melakukan tarian pelviknya yang tersendiri yang digelar "lewd dance" atau "jeojil dance" (저질댄스) sambil berdiri di atas Psy ketika dia menyanyi bahagian rap di dalam lif.[3] Penampilan Noh selama tujuh saat itu telah menjadi fenomena global "sensasi dalam sensasi" - dan Noh secara bersendirian telah diundang ke televisyen Amerika Syarikat kerana populariti global beliau sebagai "Elevator Guy".[4]

Beliau juga membuat penampilan dalam video muzik penyanyi Psy berjudul "Gentleman", bersama ahli-ahli tetap Infinite Challenge yang lain dan dalam video muzik kumpulan Sistar, "Touch My Body" bersama Jung Jun-mo.